Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Luak

24 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan Hari Bersama Komuniti bertempat di Pusat Internet Kg Luak. Seramai 107 pengunjung telah menghadiri dan memeriahkan Hari Bersama Komuniti tersebut. Selain itu juga, kami turut menjemput seramai 64 anak – anak dari Peryatim Miri termasuk 2 pengiring bagi memeriahkan program kami.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Ceramah Klik Dengan Bijak, Advokasi dan eKelas turut diberikan kepada pengunjung untuk tujuan kesedaran dan pendedahan. Bagi aktiviti ICT pula, terdapat 3 jenis pertandingan ICT iaitu pertandingan mewarna (Augmented Reality), Word Search ICT dan Kahoot ICT. Hadiah turut disediakan bagi pemenang dan yang menariknya semasa program tersebut adalah cabutan bertuah yang dinantikan oleh pengunjung. Dengan adanya program seperti ini, dapat mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti termasuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kesedaran tentang penggunaan teknologi maklumat bermula dari kanak – kanak hingga ke golongan tua. Kami turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada Pusat Internet Kg Lambir dan PPR Permyjaya kerana turut serta menjayakan Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kg Luak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali